Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, June 18, 2011

Utusan Malaysia Dan Keterlampauannya

Seperti biasa, Utusan Malaysia sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini, kartunis Miki telah melukis sebuah kartun yang jelas memperlekehkan dan mempersenda hukum Islam. Kartun tersebut secara jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu pengetahuan pelukis tersebut tentang Islam, dan secara tak langsung, turut memburukkan Islam di mata penganut-penganut agama lain. Sebaiknya, pelukis tersebut kembali ke pangkal jalan dan jangan sewenang-wenangnya mempermainkan hukum dalam agama Islam.


Baru-baru ini, terdapat beberapa individu yang sangat bersemangat dalam mempertahankan Utusan Malaysia, dengan membuat perhimpunan, kerana menyangka pihak-pihak yang anti-Utusan akan merusuh pada hari itu. Mereka yang pro-Utusan, memberi alasan bahawa akhbar ini lah yang wujud sejak merdeka dan akhbar ini lah yang membantu kita semasa mencapai kemerdekaan. Tak dinafikan kata-kata mereka itu. Sememangnya besar jasa akhbar ini. Tetapi harus diingat. Itu dulu.........


Dulu......ketika tokoh-tokoh tanahair berjuang kerana rakyat dan bukan kerana harta.


Dulu......ketika wakil-wakil rakyat bersih daripada rasuah.


Dulu......ketika kroni masih belum wujud.


Dulu.....ketika berita yang disampaikan benar belaka.


Itu semua dulu.


Kini, segalanya telah berubah. Akhbar yang dahulunya menjadi pembakar semangat rakyat Malaysia terutamanya Melayu, tidak lagi relevan dan kini hanyalah akhbar yang menabur fitnah saban hari. Amatlah mendukacitakan melihat akhbar yang diterajui oleh Melayu Islam ini, penuh dengan fitnah, maksiat serta menjadi pemecah belah bangsa di Malaysia yang hidup aman dan damai. Tidakkah mereka takut akan dosa memfitnah?


Disebabkan kepentingan politik, mereka sanggup menggadaikan ketelusan dan kejujuran dalam menyampaikan berita, asalkan misi mereka tercapai.


Keterlampauan mereka ini memecah belahkan kaum di Malaysia, malah turut memecahkan kaum Melayu itu sendiri. Sudahlah dengan berita yang berunsur fitnah, tajuk-tajuk berita pula tidak berkualiti, seolah-olah wartawan-wartawan Utusan Malaysia ini hanya berpendidikan taraf sekolah. Jika dibandingkan dengan akhbar lain seperti Berita Harian, The Star dan New Straits Times, Utusan ternyata berada kedudukan yang paling  bawah daripada segi kualiti. Lihat saja tajuk utama Utusan Malaysia setiap hari. Pada saat akhbar lain mengetengahkan berita-berita yang bermanfaat, Utusan Malaysia pula meletak muka depan, berita-berita yang boleh dikatakan kurang cerdik dan kurang berfaedah. Jadi, adakah wajar akhbar yang sebegini perlu diselamatkan lagi?


Jika pembaca pula mempercayainya, maka bukankah itu akan membawa mudarat yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia. Bukan saja fitnah tetapi mengaibkan orang lain. Jangan cepat melatah kononnya golongan yang tidak menyokong Utusan itu, tiada semangat patriotik. Semangat patriotik bukan diukur daripada itu, tetapi diukur kepada cintanya kita kepada Malaysia, tanahair kita. Cinta sehingga kita tak sanggup melihat rakyat ditipu oleh media yang menabur fitnah. Cinta sehingga kita tidak mahu melihat Malaysia hancur. Cinta mahu melihat keamanan di Malaysia. Kecintaan kepada Malaysia ini boleh diukur dengan pelbagai cara. Teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak bukanlah untuk memporak-perandakan Malaysia tetapi untuk menyelamatkan Malaysia. Jika anda cintakan Malaysia, maka sama-sama lah kita boikot Utusan Malaysia, sehingga lah mereka menukar polisi mereka. Masih terdapat alternatif lain seperti Berita Harian dan Sinar. Mesti diingat, jika anda menyokong membeli Utusan, maka anda memajukan lagi mereka dan menggalakkan lagi mereka untuk terus menabur fitnah. Mahukah anda bersubahat?

No comments: