Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, October 7, 2011

Penambahan 'Saidina' Dalam Solat

Secara lazimnya, terdapat 2 situasi yang saya perasan penambahan 'saidina' ini berlaku. Pertama, dalam 'doa' selepas azan di tv. Kedua, yang saya pernah lalui, ia diajar semasa kita membaca tasyahud akhir semasa selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalam dan juga Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. 'Saidina' itu ditambah sebelum disebutkan nama Nabi itu. Tujuannya, atas sebab memuliakan atau menyanjung para Nabi ini. Persoalannya, ia ditambah dalam bacaan solat. Tidak terdapat apa-apa dalil atau riwayat daripada Nabi atau para sahabat tentang penambahan ini. Sedangkan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalam pernah bersabda yang bermaksud,

"Solatlah seperti mana kamu melihat aku solat."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi telah pun mengajar selawat tanpa menambah 'saidina'. Bukankah apa yang diajar Nabi itu merupakan cara terbaik? Mengapa kita mahu 'edit' cara yang diajar oleh Rasulullah? Adakah kita lebih hebat, sehingga menganggap cara kita berselawat itu lebih baik daripada apa yang telah diajar oleh Rasulullah?

Jika kita hendak menyebut 'saidina' itu selain daripada solat, seperti semasa ceramah ataupun penceritaan tentang Nabi, saya tak berasa pelik kerana ia hanyalah penambahan dalam percakapan biasa(luar daripada solat), sama lah juga apa-apa gelaran yang kita berikan yang bermaksud baik dan memuliakan Nabi. Tetapi dalam bacaan dalam solat dan doa khusus, sudah ada ketetapan, apa yang perlu dibaca dan ia diajar oleh Nabi sendiri.

Walaupun ada di kalangan para ulama membolehkan penggunaan 'saidina' ini, mengapa kita mahu memilih yang dibolehkan, namun tidak mahu memilih yang mana paling dekat dengan cara Nabi? Majoriti para ulama tidak menggalakkan ia ditambah dalam tasyahud, namun ada sebahagian ulama mazhab syafi'e menyatakan penambahan 'saidina' ini lebih elok atas dasar adab dengan Nabi Sollallahu 'Alaihi Wassalam dan terdapat juga ulama mazhab Hanafi yang mempunyai pendapat yang sama, walaupun mazhab Hanafi secara umumnya tidak bersetuju dengan penambahan ini.

Ada juga dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang ustaz mengatakan bahawa ianya khilaf, dua-dua betul serta disunnahkan untuk menyebut 'saidina'. Saya agak bingung. Adakah ini termasuk dalam kategori khilaf atau hanya dibolehkan? Kedua, bagaimana pula ia boleh dikategorikan sebagai Sunnah, sedangkan Nabi atau para sahabat tidak pernah mengamalkannya, ataupun mengajarnya kepada sesiapa.

Jika kita memambah 'saidina' dalam selawat dan doa selepas azan, mengapa tak ditambah pula perkataan 'saidina' itu semasa azan seperti "Ash hadu anna saidina muhammadarrasulullah"? Mengapa tidak ditambah 'saidina' itu dalam kalimah syahadah semasa tasyahud akhir?


Menurut Ustaz Zaharuddin dalam bukunya,  Formula Solat Sempurna terbitan Telaga Biru, mukasurat 101,

"Penulis bersetuju terhadap apa yang disimpulkan oleh Prof. Dr. Kamil Musa yang mengatakan bahawa sesungguhnya ikhtilaf dalam bab ini hanyalah dalam menentukan yang manakah yang lebih afdal, dan menurut semua hujah mereka, tiada sebarang masalah besar jika menambah, cumanya berpegang teguh dengan nas adalah lebih baik." (Ahkam al-Ibadat, Dr Kamil Musa, hlm 160)

Maka, tanyalah diri anda, nak pilih yang dekat dengan cara Nabi, atau taknak? Terpulang...

1 comment:

Anonymous said...

Perlu penambahan saiyyidina bagi membezakan nabi muhammad s.a.w dgn muhammad muhammad yang lain. Lagipun nabi takkan meletakkan title pada dirinya tetapi kita yg perlu tahu sendiri sebagai umat . Sama la juga diri kita..takkan kita menperkenalkan diri kita kpd staff sebagai Encik Y...sebaliknya kita hanya kata nama saya "Y"...dan staff sensiri tahu tanggungjawapnya sebagai staff utk panggil En Y