Sekian lama aku tidak menulis,
Kali ini ku muncul dengan puisi kritis,
Aku bukan menghina, apatah lagi mencela,
Ku memang sedar aku hanyalah insan biasa,
Namun ku pinta, bacalah dengan minda terbuka,
Raikan khilaf, mari berlapang dada,
Dalam FB ku lihat ramai yang suka berkongsi,
Ada cerita bosan, ada yang sensasi,
Ada tentang politik, ada tentang agama,
Ada kisah seram, ada tentang jenaka,
Tak kurang juga yang guna FB untuk berniaga,
Ada yang suka sebar hadith,
Tapi tidak ditapis,
Sudahnya mereka tersebar hadith palsu,
Ku bersangka baik, mungkin mereka tidak tahu,
Mungkin mereka tiada teman yang tinggi ilmu,
Mungkin juga mereka malas meramas buku,
Mungkin juga mereka tiada tempat untuk bertanya,
Maklumlah, hadith bukan bidang kita,
Jangan salahkan mereka,
Mereka hanya mahu kejar pahala,
Mereka tiada niat mahu mengutip dosa,
Bagi yang tahu, tegurlah salah mereka,
Jangan biarkan hadith palsu berleluasa,
Itu tanggungjawab kita bersama,
Tapi di kalangan penyebar, ada yang batil,
Ditegur berulangkali tetapi masih berdegil,
Mereka tak ambil kisah tentang amanah,
Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan Rasulullah,
Apabila kita nak tegakkan Sunnah, dituduh wahabi,
Jika ditanya mereka apa wahabi, mereka kerut dahi,
Sewenangnya melabel orang lain itu dan ini,
Tuduh wahabi sesiapa yang tak sekepala,
Hanya suruh orang ikut pendapatnya saja,
Malas mahu membaca, duduk bawah tempurung,
Malas menimba ilmu, taknak mengkaji langsung,
Taknak 'upgrade' diri, kemudian ternganga-nganga,
Enggan mahu bertanya, kenapa?dalilnya?sumbernya?
Bimbang dituduh tak hormat para ulama,
Bimbang jika mempersoal, dikatakan kurang ajar,
Itulah mentaliti dalam minda kita,
Guru ibarat Nabi, bagai tiada dosa,
Apa yang guru kata, diambil bulat-bulat,
Tak hiraukan mana hadith lemah, yang mana hadith kuat,
Matan hadith nampak baik, terus diambil tanpa dilihat sanad,
Disiplin mereka tidak seperti Bukhari,
Setiap hadith dikaji Bukhari dengan teliti,
Itulah contoh manusia yang bertanggungjawab,
Sangat terperinci agar tak membuat silap,
Amanah dipegang sejujurnya menjaga wahyu,
Besarnya jasa ulama-ulama terdahulu,
Manfaatkanlah segala ilmu yang mereka curahkan,
Jangan taksub mazhab, jangan ikut perasaan,
Semua imam mazhab mulia belaka,
Kita doakan mereka, kita sanjung mereka,
Ilmu yang kita ada takkan setanding dengan mereka,
Namun mesti diingat, mereka tak sempurna,
Mereka hebat tapi mereka rendah diri,
Hanya saja pengikut mereka yang lupa diri,
Taksub dengan mazhab sendiri,
Walaupun ternyata pandangan mazhabnya salah,
Ia tetap ikut dan membelakangkan Sunnah,
Ini bukan apa yang dikehendaki oleh imam mazhab,
Mereka tak menyuruh kita taksub mazhab,
Mereka menyuruh kita mengikut Sunnah,
Kerana mereka mungkin betul dan mungkin salah,
Namun Rasulullah takkan salah,
Baginda maksum dipelihara oleh Allah,
Seorang guru seharusnya jujur dan amanah,
Ajarlah yang Sunnah, jangan menambah-nambah,
Hentikan segala bentuk bid'ah,
Sering memberi alasan
"Ala, benda baik, apa salahnya."
Jika baik, sudah pasti para sahabat mendahuluinya,
Nabi telah memberi amaran keras kepada ahli bid'ah,
Hadithnya jelas, ia cukup menjadi hujah,
Inovasi dibenarkan dalam hal muamalah,
Tapi dilarang sekerasnya dalam ibadah khususiah,
Seperti solat dan zikir, ia ibadat khususiah,
Tidak ditambah sesuka hati mengikut nafsu,
Hingga ramai orang jahil yang tertipu,
Disangkakan Sunnah walhal ia bid'ah,
Buat hari-hari tanpa rasa bersalah,
Buat bid'ah dan katakan ia hasanah,
Namun tak faham hasanah itu apakah,
Adat melayu memang nampak indah,
Tapi banyak yang bercanggah dengan aqidah,
Khurafat, syirik , tangkal menjadi sekutu Allah,
Batal aqidah tapi mengaku Islam,
Dipengaruhi oleh Hindu dan orang silam,
Mereka tak ikut Islam, tapi ikut nenek moyang,
Memang sedih tapi itulah yang berlaku sekarang,
Zahirnya Islam, tapi terpesong jauh,
Hati mereka sudah gelap, sudah sukar disembuh,
Hanya kepada Allah kami minta petunjuk,
Harap berubah, hari ni atau esok,
Ku sudah tak tahan lagi melihat kebatilan,
Inilah yang dinamakan kesesatan,
Jumpa bomoh minta itu dan ini, akhirnya makan diri,
Mereka lupa Allah, Tuhan yang hakiki,
Mereka seru kepada yang lain,
Ini soal aqidah, bukan perkara main-main,
Pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat' mestilah dihapuskan serta merta,
Pepatah yang melampau, pepatah orang gila,
Sekalipun ia metafora, ia langsung tak kena,
Lindungi lah adat tapi jangan melampau,
Adat yang baik, kita simpan, adat yg buruk, kita pulau,
Generasi terbaik ialah generasi para sahabat,
Itu lah panduan untuk kita hidup selamat,
Sebelum beribadat, tanyalah sama diri,
Adakah ini amalan sahabat, adakah ini daripada Nabi?
Jika tidak daripada mereka, sila tinggalkan,
Tak kiralah ada ulama yang membolehkan,
Ulama ada ramai, buatlah pilihan,
Ikutlah yang mengikut Sunnah, bukan bid'ah,
Bukan redha manusia yang kita cari tapi redha Allah,
Semoga amalan kita diterima Allah...
Khairus Ambia Putra
03Feb2013
No comments:
Post a Comment