Saya mula meminati magik atau silap mata seawal usia kanak-kanak lagi. Semasa itu, saya amat meminati David Copperfield dan sangat kagum dengan kehebatannya melakukan silap mata. Semasa itu, terasa mustahil untuk jadi sepertinya kerana dia dikatakan melakukan silap mata menggunakan jin. Pada fikiran saya yang masih kanak-kanak, tidak mungkin saya mahu membela jin dan menggunakan jin untuk silap mata. Jadi, saya tidak lah serius sangat terhadap magik ini. Minat itu ada dan saya hanya membuat magik yang boleh dikatakan 'bodoh-bodoh je’ ataupun ‘magik sekolah rendah’.
Saya pernah dihadiahkan buku magik oleh rakan ibu bapa saya. Saya cuba untuk lakukan magik seperti dalam buku itu tetapi tidak semuanya berjaya. Ketika itu, saya merasakan bahawa magik-magik dalam buku tersebut tidak setanding langsung dengan magik David Copperfield. Terdetik di fikiran,
“Yelah, David Copperfield tu bela jin, sah-sah lah magik dia tu jauh lebih hebat kalau nak ‘compare’ dengan yang tak pakai jin.”
Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya. Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya. Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya. Pelbagai cerita lain lagi yang mengaitkan beliau dan pembelaan jin. Tambahan pula, masyarakat nusantara suka mengaitkan banyak benda dengan jin, seandainya perkara itu luar biasa. Tidak pernahkah terdetik bahawa kemahiran memainkan peranan penting dalam melakukan silap mata? Itulah gunanya latihan yang berjam-jam dan berhari-hari dan berdisplin oleh ahli silap mata ini.
Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita. Banyak magiknya memang tak masuk akal jika anda yang melihat itu tidak mempunyai ilmu tentang magik atau silap mata. Sebagai orang awam, sudah pasti kita tak tahu bagaimana beliau melakukan magik-magiknya. Tetapi jika kita mempunyai ilmu yang asas tentang magik, kita akan dapat membongkar dan mengetahui magik-magik yang dilakukan oleh David. Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu, takkan membongkarkan rahsia itu kepada orang awam. Sebaliknya ‘magician’ yang melihat persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama untuk persembahan mereka sendiri pada waktu lain. Ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.
Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:-
1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
3) Menghilangkan sebuah keretapi
4) Menghilangkan sebuah kapal terbang
5) Terbang
6) Terapung di atas Grand Canyon
Jika dilihat, nampak seperti mustahil tetapi itulah yang dilakukan oleh David. Untuk setiap magik itu, ada rahsianya. Saya jamin dan yakin bahawa dia tidak menggunakan sedikitpun bantuan daripada jin. Mengapa saya berkata begitu?
Hal ini kerana, setiap magiknya ada penerangan di sebalik bagaimana dia melakukannya. Sama ada kita ini mampu untuk berfikir atau tak. Jika kita tak mampu, tak tahu dan tiada ilmu mengenainya, janganlah mudah menuduh dia membela jin. Ini kerana fikiran dan minda kita tidak sampai ke tahap David Copperfield. Itulah sebab beliau menjadi lagenda di kalangan ahli silap mata. Ideanya dan persembahannya menjangkau fikiran manusia biasa. Itu lah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya. Satu lagi sebab yang paling kukuh, mengapa saya mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan jin. Jika benarlah beliau menggunakan jin, lebih baik digunakan saja jin-jin itu untuk mendapat duit, tanpa perlu beliau bekerja keras. Tidak perlu beliau bertungkus-lumus untuk memerah otak dan melakukan persembahan bagi meraih duit. Lebih baik beliau duduk saja di rumah diam-diam, kemudian suruh saja jin-jinnya bekerja agar beliau tak perlu buat silap mata lagi.
Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu. Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin. Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut. Mungkin juga untuk reputasi. Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya. Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu. Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.
Saya boleh katakan, semua ‘magician’ tidak menggunakan bantuan jin. Ini termasuklah Criss Angel, David Blaine, Cyril dan mana-mana ‘magician’ yang terkenal. Mereka mungkin akan menunjukkan gaya dan gimik yang kononnya terdapat unsur-unsur jin dan makhluk halus, tetapi hakikatnya, tidak ada sedikit pun. Yang ada, hanyalah penipuan dan kemahiran yang dilakukan. Mereka bersaing untuk menjadi yang terhebat, jadi mereka akan lakukan pelbagai cara untuk menjadi yang terhebat.
Semasa belajar di Uniten, perkenalan saya dengan seorang ‘magician’ bernama Pito telah membawa saya ke arah menjadi seorang ‘rookie magician’. Saya bermula dengan menjadi juruvideo Pito untuk membuat silap mata di kawasan Uniten. Dengan minat yang mendalam terhadap magik, saya berjaya mempelajari magik yang setanding dengan David Blaine dan David Copperfield, melalui Pito. Pito mengajar saya cara untuk membuat magik dan cara untuk membuat persembahan. Magik yang saya pelajari bukan lagi ‘magik bodoh’ yang saya duk buat semasa di sekolah rendah. Tahap magik saya telahpun naik satu anak tangga. Saya bukan saja berjaya membuat kanak-kanak kagum, tetapi remaja dan juga orang dewasa.
Di situlah bermulanya saat saya mula melakukan ‘close-up magic’ kepada rakan-rakan dan orang-orang yang tak dikenali. Di situ juga saya mula tahu banyak rahsia tentang magik yang selama ini menjadi tanda tanya kepada saya. Kesimpulannya, selepas menceburi bidang ini, banyak rahsia yang saya tahu, dan segala rasa ajaib, kagum, teruja yang saya ada selama ini, hilang. Tetapi untuk mengetahui rahsia itu, saya perlulah berkorban dari segi wang, tenaga, dan masa. ‘Nothing is free’. Selepas itu, saya juga turut belajar melalui DVD, buku dan juga internet untuk memantapkan lagi magik saya.
Kemudian, dengan ilmu asas itu, secara perlahan-lahan saya mulai mempunyai kebolehan untuk membongkar magik-magik yang dilakukan oleh David Copperfield dan ‘magician’ yang lain. Ada juga magik yang saya tak dapat bongkar. Dalam kes begitu, saya akan bertanya kepada guru magik saya ataupun kepada ‘magician’ lain. Selepas membongkar magik itu, saya akan gunakan idea yang sama untuk persembahan saya pula. Walaupun saya akui, ‘skill’ saya tidaklah sehebat David Copperfield atau David Blaine, tetapi ‘skill’ yang kurang hebat ini masih mampu untuk memukau para penonton yang melihat, dan menceriakan para penonton. Yang penting, saya dapat menghiburkan penonton.
Sekarang saya sudah ‘slow down’ dalam melakukan silap mata. Tetapi saya sempat menempa nama di kalangan rakan sekerja dan rakan sekolah, sebagai seorang ‘magician’. Banyak kelebihannya dalam bidang ini. Kita akan kenal ramai orang dan berkawan dengan orang baru. Ia juga merupakan ‘ice-breaker’ kepada orang yang baru saya kenal, terutama kanak-kanak.
Antara mereka yang pernah saya lakukan silap mata merupakan Tan Sri Halim(pemilik HM Aerospace), Anuar Zain, rakan sekerja seperti juruterbang, pramugara dan pramugari, rakan-rakan abang saya, rakan-rakan Uniten, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan semasa di ‘flying school’, rakan-rakan ayah dan mak saya, pakcik makcik saya, saudara-mara saya dan saudara-mara isteri saya, rakan kepada rakan dan juga kadang-kadang saya akan buat ‘magik’ secara ‘random’ kepada sesiapa saja yang baru saya kenal. Silap mata merupakan bidang yang unik. Ia hanyalah sains yang digabung dengan illusi dan komunikasi. Jadi, kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.
11 comments:
selidik la dulu betul-betul sebelum nak sokong david tu...sekarang panggil silap mata, zaman nabi musa a.s dipanggil (sihir)...jangan pakai nama ALLAH sesuka hati untuk menarik orang dari apa yang dusta sedangkan diri sendiri tak pasti dengan apa yang diluahkan dari mulut.
selidik la dulu betul-betul sebelum nak sokong david tu...sekarang panggil silap mata, zaman nabi musa a.s dipanggil (sihir)...jangan pakai nama ALLAH sesuka hati untuk menarik orang dari apa yang dusta sedangkan diri sendiri tak pasti dengan apa yang diluahkan dari mulut.
tok bomoh yg sesat tu pun x guna JIN la gamaknya sbb kenapa dia perlu bekerja keras,, sedangkan dia leh gunakan JIN tu utk gi ambil duit utk dia .. adei.. rosak klau pikir mcm admin pikir nie.. pakai ikut logik je
Tiada sesiapa yg bole dapat kehebatan kuasa atau ilmu luar biasa kecuali hanya dari Allah, iaitu para nabi, rosul dan wali Allah. Mrk hanya iman dan percaya Allah sja 100%. Tiada duanya, tigany dan sturusny
Qul huallahu ahad.
Sebenarnya ahli silap mata atau magician ada tahap Dan peringkatnya...sorang magician seperti David Copperfield memilih ilmu silap mata Dan sihir...jgn silap, silap mata Dan sihir adalah dua perkara yg berlainan...silap mata ada skills man made manusia yg dilakukan utk trik...bila sudah master dgn silap mata...tahap seterusnya iaitu sihir...David Copperfield Dan magician seperti David blain, criss angel memang mempunyai ilmu basic yg tinggi..setelah memcapai tahap tersebut peringkatnya seterusnya ialah sihir...knapa mereka sering menyelitkan silap mata dalam persembahan mereka utk kita mentafsir smua persembahan mereka hanyalah silap mata bukan sihir...ini amalan manipulation mereka pada kita...criss angel Dan smua magician memang tau sihir mereka adalah bukan dari kuasa diri mereka tapi bantuan Jin!!! Mereka memang tak pecaya seseorang individu mempunyai kuasa sendiri...silap mata ialah basics pada ilmu performer sihir...jika kamu kaji sejarah kehidupan David Copperfield, dynamo kebykkn mereka ini mewarisi magic dari nenek mereka...mereka memang tau tentang saka Dan Pembelaan Jin...bukan org mlayu Sahaja yg ada benda ini...mereka dari Barat labih advance tentang ilmu sihir...jgn kita terperangkap..
Labih labih lagi David Copperfield memang suka mengumpul brg2 angker Dan lama...siap ada muziumnya lagi tapi bukan utk tontonan Ramai...slalunya kalau org amal sihir di memang suka simpannya brg lama2 atau ada sejarah ritual... Mereka lakukan ini adalah utk Pemujaan mereka!!!Cuba Google David Copperfield muzium of conjuring arts...
Ini boleh dikaitkan Dengan amalan org mlayu dahulu kala dalam me dalam silat...sesudah menguasai belt setiap peringkatnya silat bukan tahap yg tinggi ada terkandung pertapaan Dan ilmu Batin? Samalah juga seperti magic...setelah mendalami smua triks magic yg man made...memahami kesemuanya Barulah mereka diberi mandat utk mempelajari ilmu sihir..oleh itu bukan sanang hendak memcapai tahap mereka..magician yg biasa takkan mempunyai terbang seperti David Copperfield!!...persembhan mereka juga semuanya tidal melibatkan jinn Sahaja...itu adalah manipulasi mereka supaya kita menyangkal mereka menggunakan sihir!!!!
Cuba liat semuanya persembahan mereka...dlm persembahan mereka memang mereka Akan Selitkan silap mata yg popular dari buku magic trik seperti yg direvealed oleh mask magician...ini memang mereka sengajakan agar kita berfikir bahawa magic mereka semuanya adalah man made semata!!!! Cuba liat liat selepas menunjukkan silap mata yg lazim kepada org Ramai seperti baden terpotong dua, magic seterusnya memang tia penjelasan akal!!! Ini adalah cara mereka memanipulasi kita agar kita menyokong mereka!!! Inilah cara mereka merobek iman kita agar terjerumus pada kekufuran..
Cluenya adalah pada gaya kehidupan mereka yg rata2 philosophy mereka adalah pada fahaman satanism atau guru occult Aleister Crowley...jadi berwaspadalah kesana ibis Dan setan mempunyai perancangan utk menggugat iman kita...tapi jgn risau...Allah SWT labih hebat perancangannya!!!!
Kau ni gila dah sah2 david cooperfield tu buat perjanjian dgn setan laknatullah kau bleh lg cakap dia x pakai jin
Admin ni tah pape..manusia biasa mana bolehbuat silap mata tahap mcm tu tanpa guna bantuan iblis..hnya nabi saja yg ada mukzijat..klau mat saleh tu buat silap mata smpI tahap boleh terbng memerlukan beribu jin untuk mngnkat si ahli silp mata tu...aku rasa admin ni pun guna jin ntok buat silap mata lps tu buat artikel sbnarnya david cooperfield tak guna bantuan jin dan silap mata luar biasa tu mmg boleh dilakukan tanpa bntuan jin??
Post a Comment